Gambaran keseluruhan workspace

Terakhir dikemas kini pada 30 Sep 2025

Terokai workspace dan alat yang tersedia dalam Premiere pada iPhone. 

Tangkap video dan terus menyunting atau menghasilkan suntingan video dalam aplikasi. Daripada memotong klip hingga menambah kesan, mempertingkat audio hingga menyempurnakan warna — semuanya ada untuk merealisasikan idea anda.

Laman utama aplikasi dengan butang untuk mengakses projek, tutorial, dan tetapan.
Mulakan penyuntingan dengan memilih atau mencipta projek dari skrin utama.

Utama

Elemen UI

Perihalan

Baharu daripada pustaka foto anda

Pilih foto dan video dari galeri peranti atau gulungan kamera anda.

Baharu daripada fail

Tambah media dari pengurus fail anda atau daripada aplikasi storan awam pihak ketiga yang sudah dipasang pada peranti anda, seperti oogle Drive, Dropbox, atau OneDrive.

Projek kosong baharu

Pilih kanvas kosong tersuai untuk memulakan penyuntingan.

Ekstrak audio

Pisahkan audio dari klip video dan letakkannya sebagai runut bebas dalam garis masa untuk penyuntingan selanjutnya.

Tambah kapsyen

Cipta kapsyen secara automatik dari audio video menggunakan pengecaman suara.

Hasilkan imej

Jana imej baharu menggunakan AI Generatif dengan menerangkan apa yang anda mahu.

Imej kepada video

Tukar imej pegun menjadi klip videp dengan menambah kesan gerakan, zum atau menyorot untuk mencipta visual dinamik.

Kembangkan imej

Besarkan saiz imej kanvas menggunakan alat dikuasai AI untuk mengisi ruang atau melaras komposisi sementara mengekalkan kesinambungan visual.

Bar alat

Pada skrin utama, pilih ikon Cipta baru  dan kemudian pilih faripada pustaka Foto untuk mengimport kandungan.

Apabila anda siap, anda akan masuk workspace penyuntingan, di mana anda boleh gunakan pelbagai alat, panel dan options untuk terus mencipta video berkualiti pro.

Bar menu

Bar menu atas dalam aplikasi diserlahkan di mana options penyuntingan dan kawalan lain boleh diakses dengan mudah.
Bar menu memberikan anda akses pantas ke alat dan options asas yang tersedia di bahagian atas skrin.

Elemen UI

Perihalan

Ikon  Laman utama

Pergi balik ke skrin utama aplikasi di mana anda boleh mengakses projek anda dan mulakan yang baharu.

Ikon  nisbah aspek

Tukar nisbah aspek video anda untuk sesuaikan platform atau format berbeza seperti segi empat sama, portret, atau langskap.

Ikon  skrin penuh

Kembangkan pratonton video ke skrin penuh untuk pandangan lebih baik semasa menyunting.

Ikon  Premium 

Akses alat dan ciri premium yang tersedia dengan langganan anda.

Ikon  Eksport

Muktamadkan dan kongsikan video anda dengan memilih tetapan eksport sepert resolusi, kadar bingkai, dan format.

Kawalan garis masa

Kawalan garis masa yang diserlahkan di bawah pratonton video, termasuk butang main, maju ke hadapan, dan ke belakang.
Kawal main balik dan navigasi video anda dengan alat garis masa.

Elemen UI

Perihalan

Ikon  seret saiz semula tetingkap

Laraskan saiz tetingkap pratonton video dengan menyeret sisinya.

Ikon  Pergi ke permulaan

Alihkan kepala main ke permulaan garis masa.

Ikon Pergi ke akhir

Alihkan kepala main ke akhir garis masa.

Ikon  Main

Main atau jeda pratonton video.

Alihkan kepala main maju ke hadapan bingkai demi bingkai untuk penyuntingan tepat.

Ikon  Ke belakang

Alihkan kepala main ke belakang bingkain demi bingkai untuk penyuntingan tepat.

Ikon  Buat semula

Kembalikan tindakan terakhir yang anda laksanakan dalam garis masa atau pratonton.

Ikon  Buat semula

Pulih tindakan anda buat semula sebelum ini, membatalkan perintah nyahbuat.

Tambah banyak lagi

Antara muka mod Tambah di mana pengguna boleh memilih media, kesan,dan alat penyuntingan lain untuk masukan ke dapam projek mereka.
Tambah mod Tambah untuk masukkan foto, video, audio, dan banyak lagi ke dalam projek anda.

Elemen UI

Perihalan

Video dan imej

Tambah dan sunting klip atau foto untuk membuat cerita anda.

Muzik dan audio

Tambah dan tingkatkan video anda dengan muzik, suara latar, dan kesan bunyi.

Tajuk dan kapsyen

Tambah teks untuk memperkenalkan adegan, serlahkan saat yang tidak dapat dilupakan, atau tambah sari kata.