Hantar projek ke Premiere desktop (Beta)

Terakhir dikemas kini pada 30 Sep 2025

Ketahui cara untuk menghantar projek anda ke Premiere pada komputer meja (Beta) untuk penyuntingan lanjutan dan aliran kerja lancar.

Penghantaran projek membolehkan anda meneruskan bekerja padanya dalam Premiere atas komputer meja (Beta), di mana anda mempunyai akses ke banyak lagi alatan dan kesan. Anda boleh menyemak kiraan dan saiz fail projek sebelum menghantar untuk memastikan segala-galanya sedia untuk pemindahan.

Jika anda mempunyai Storan Awan Adobe, pastikan anda mempunyai akaun Adobe dengan storan awan dibolehkan. Ini adalah penting untuk pemindahan projek dan media anda. Buka Premiere Pro pada komputer meja dan dan daftar masuk dengab akaun Adobe yang anda gunakan pada mudah alih. Navigasi panel Creative Cloud, cari projek dan media yang dipindah anda dalam bahagian awan, dan muat turunnya untuk memulakan penyuntingan.

Jika anda seorang pengguna baharu, anda boleh memuat turun Premiere pada komputer meja (Beta) daripada laman web Creative Cloud. Jika digesa, daftar masuk ke akaun Adobe anda, kemudian klik sama ada Muat turun atau Pasang untuk aplikasi anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Muat turun aplikasi Creative Cloud anda.

Nota:

Apabila anda menghantar projek dari peranti mobile anda ke komputer meja, salinan kedua-dua media dan projek dimuat naik ke Storan Awam Adobe. Proses ini hanya memindah data dari mobile ke komputer meja, maka perubahan selepas itu pada mana-mana peranti tidak akan segerak di antaranya.

Ketik ikon Eksport di sudut atas sebelah kanan skrin untuk membuka tetingkap eksport.

Pilih tab Premiere komputer meja (Beta) untuk menyediakan projek anda untuk pemindahan.

Tetingkap Eksport dibuka dengan tab Premiere komputer meja (Beta) dipilih, menunjukkan bilangan fail dan jumlah saiz projek, berama-sama dengan butang “Hantar projek” di bawah untuk memindahnya.
Hantar projek anda ke Premiere pada komputer meja untuk meneruskan penyuntingan dengan alatan dan ciri lanjutan.

Semak butiran projek, termasuk bilangan fail dan jumlah saiz.

Ketik Hantar projek untuk mengeksport projek anda. Salinan projek anda akan dihantar ke Premiere pada komputer meja (Beta) melalui storan awan Adobe.

Isyarat:

Ciri tertentu tidak disokong pada masa ini apabila memindahkan projek ke Premiere pada desktop:

  • Teks
    • Animasi teks
    • Kapsyen
    • Animasi kapsyen
  • Audio
    • Tingkatkan pertuturan
  • Warna
    • Penampilan Lightroom
    • Pelarasan Warna
  • Kesan
    • Alih keluar latar belakang
    • Animasi teks dan klip
    • Selak
    • Gerakan foto
    • Latar belakang Noir