Hubungi kami untuk mendapatkan nombor kes jika anda belum memilikinya.
Bukti pembelian yang sah
Adobe menerima item berikut sebagai bukti pembelian:
- Nombor pesanan Adobe
- Salinan resit jualan atau invois penghantaran daripada penjual semula yang menyenaraikan maklumat berikut:
- Nama dan alamat penjual semula
- Produk Adobe dan versi yang dibeli
- Tarikh pembelian
- Harga pembelian
- Untuk pesanan Amazon ESD (muat turun), e-mel pengesahan pesanan atau pengesahan pesanan akaun
Nota: Jika terdapat nama pelanggan atau syarikat pada bukti pembelian, ia mesti sepadan dengan nama anda atau nama syarikat dalam akaun anda.Resit runcit tanpa nama syarikat atau individu boleh diterima.
Jika bukti pembelian yang anda terima tidak mengandungi maklumat ini, hubungi penjual semula untuk bukti pembelian gantian.
Bukti pembelian tidak sah
Item berikut tidak layak sebagai bukti pembelian:
- Pesanan pembelian, sebut harga atau nota penghantaran
- Resit yang ditulis tangan, ditaip atau dibuat dengan pemproses kata
- Resit daripada pembelian yang dibuat di tapak lelongan Internet (seperti Amazon Marketplace)
- Resit daripada versi OEM produk Adobe yang dijual secara berasingan (tidak digabungkan dengan barang keras)
- Resit yang menunjukkan harga pembelian yang didiskaunkan lebih daripada 25% untuk produk runcit penuh atau pendidikan, atau lebih daripada 30% untuk produk naik taraf (beberapa pengecualian produk dikenakan)
- Resit untuk muat turun yang tidak dibeli daripada penjual semula yang sah
- Nombor siri
Hantar bukti pembelian anda kepada Adobe
Imbas resit jika ia tidak dalam format elektronik.
Log masuk di https://account.adobe.com/support.
Cari nombor kes anda dan pilih Lihat butiran.
Tambahkan resit menggunakan butang Lampirkan fail dan Hantar. Anda boleh memberikan maklumat tambahan dalam kotak teks jika anda mahu.
Selepas itu, lampiran dan ulasan anda akan dipaparkan untuk kes sokongan anda.